Saturday, May 2, 2009

pesta komputer & ICt di mesra mall

well…starting 30/4 hingga 2 mei ada pesta komputer & ict dekat mesra mall kerteh…aku berpeluang ke sana pada hari pertama dan kedua..sambutan hari pertama..ok ok je mungkin sebab baru first day and hari bekerja pulak..antara vendaor yg pernah aku jalinkan hubungan perniagaan yg turut serta adalah Vast It , MY10 dan Comp Asia…basically org2 ni dari kuantan..aku kenal lah dua tiga orang yg ada di booth tu…

so hari ni hari kedua…aku pegi sekali lagi ke mesra mall..actually nak pi popular bookstore .. nak beli some books and stationery.. passes by the computer booths…the crowd was ok ..blhh la…

aku jadi terpempan sekejap…aku lihat orang2 melayu mengerumuni booth orang2 cina..ye tak di nafikan mmg booth cina ni banyak barang..dan dalam pesta tu tak ada satu booth dari orang melayu..pekerja melayu usah cakaplan melambak…apa yang aku kesalkan…..

baca ni..sketsa org melayu masuk ke kedai cina..

“pekedai cina: aloo boss … morning..apa mau? blh saya tolong aaa?

pembeli melayu: aloo taukeh…morning..morning…saya mau beli set komputer laaa…ada ka yang ok punya?

pekedai cina:  ada boss…mali mali saya tunjuk sama u..kita sikalang ada offer..baguih punya..sini mari kasi tengok katalog..

pembeli melayu: ok ok mana…wahhhh bagus aaa…ini harga fixed ka..tak boleh kurang sikit..

pekedai cina:  aiyoo..barang baik bosss…sini sulah kasi banyak flee (free) give (gift) oo…tak pa la sikit kulang boleh kasi…

[padahal..harga yang dia bagi tu dia dah markup giler banyak sebab dia dapat harga yang murah since dia ambik barang dari China & Taiwan]

pembeli melayu:  ok berapa taukeh boleh kasi? 2000 boleh ka?

pekedai cina: aiyaaaaa .. jangan itu macam la bos..saya aa ini barang tak ambik untung manyak wooo…kita mau jual murah2 ..tak mau simpan stok ma…ok ok la cincai kasi sama u haa 2270..boleh ka?

pembeli melayu: aiyaa…taukeh 2250 lah…saya sudah lama kenal sama taukeh…boleh laaa

pekedai cina:  aiyooo boss tak bole laaa….itu 20 mau buat minum2 maaa….2270 haa

pembeli melayu: ok ok la…nah deposit bila boleh barang?

pekedai cina:  sikalang bikin…bos mau pi yalan2 dulu…nnt siapa saya telefon kasi u..ok

pembeli melayu: ok ok..

haaaaaaaaaaaaaaaaa……itu dia ..aku tak reka tapi benar2 kejadian depan mata aku bukan sehari malah setiap hari…berbeza pulak dgn pekedai melayu…

teliti cerita ini..kisah ni betul2 berlaku dia kedai aku..

pekedai melayu(aku le):  ya cik, assalammualaikum, cari apa..

pembeli melayu:  waalaikumsalam, saya nak cari modem sekali ngan wireless ada tak..[cik ni dtg dgn kawan dia]

pekedai melayu:  ada…actually kita ada modem+ router, router + wireless, wireless (ap) sahaja dan modem+router+wireless..boleh saya tahu cik dah ada modem kan?

pembeli melayu:  ye ye saya dah ada modem..dapat masa daftar streamyx..tpi saya nak wireless kannya…

pekedai melayu:  oo then cik ambik router + wireless la..ni dia dah harga sini 199, saya boleh kasi 180…

pembeli melayu: mm…tgk jap…[sambil bercakap2 dgn kawan dia…kebetulan aku terdengar..ini katanya…”mm mahalnya..kalau kat low yat aku leh dapat 150 ke 160 tau..giler ahh untung]

tak apa la … terima kasih…

pekedai melayu:  ok terima kasih…[walaupun sedih tapi itu la hakikatnya]

mmm macam mana…aku di sini nak compare low yat..aku ambik atas supplier yang mmg dah dasarnya mark up dgn harganya…and yet…org lagi nak compare sesuatu yang sudah diketahui..klu aku ni anak org kaya yang boleh ambik barang kat china or taiwan..aku pun leh kasi 150 kat lu beb…so siapa tolong siapa? siapa menindas siapa? siapa memba*****kan bangsa sendiri…

LU FIKIR LA SENDIRI!!!!!!

No comments: